Xi Utus Kawat Simpati kepada Presiden Poland

2022-01-12 12:01:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat simpati kepada rakan sejawatnya dari Poland, Andrzej Duda yang positif COVID-19 pada Isnin lalu.

Xi berharap Presiden Duda sembuh secepat mungkin, dan rakyat negaranya menangkis wabak dengan secepat mungkin.

"Sejak tercetusnya COVID-19, kedua-dua negara saling menyokong dalam usaha membendung wabak sehingga persahabatan tradisional kedua-dua pihak telah diperkukuh.

"China menumpu kepada hubungan dengan Poland, dan komited memperkasa perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi," kata Xi.