Pelabur Antarabangsa Optimis Terhadap Ekonomi China

2022-01-12 14:51:30  CRI
Share with:

Peningkatan bon pasaran antara  bank China yang dipegang oleh institusi luar negara  dianggap sebagai “undi  percaya” mereka terhadap ekonomi China.

Jurucakap Kementerian Luar China,  Wang Wenbin berkata demikian dalam sesi taklimat Selasa lalu.

Menurut statistik Bank Rakyat  China baru-baru ini, jumlah bon pasaran antara bank China yang dipegang oleh  institusi di seberang laut mencatat RMB 4 trilion (RM 2,600 bilion) setakat  akhir Disember 2021, meningkat kira-kira RMB 750 bilion (RM 491 bilion)  berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2020.

Menurut analisis ahli ekonomi,  pelabur asing mahu melabur aset RMB jangka panjang untuk berkongsi hasil  pertumbuhan ekonomi China.

Menurut unjuran beberapa  pertubuhan ekonomi antarabangsa, ekonomi China menyaksikan peningkatan kira-kira  8 peratus pada 2021. Kadar ini bukan sahaja lebih tinggi berbanding sasaran  kerajaan China iaitu 6 peratus, tetapi juga lebih tinggi berbanding dengan tahap  peningkatan pelbagai entiti ekonomi utama di dunia.

Pemulihan ekonomi China  akan kekal di tangga teratas dalam ranking global.