Promosi Olimpik Beijing 2022 Berlangsung di Washington

2022-01-12 14:41:25  CRI
Share with:

Cawangan Kumpulan Media China (CMG) di Amerika Utara mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Capital One Arena, di Washington, pada Isnin.

Acara itu diserikan dengan ucapan Presiden CMG, Shen Haixiong dan Duta China ke Amerika Syarikat (AS), Qin Gang secara maya.

Shen berkata, CMG telah menyediakan studio 5G berdefinisi ultra tinggi (UHD) di dalam kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan lokasi pertandingan Olimpik Musim Sejuk.

"Kami (CMG) menjemput rakan media asing berkongsi studio siaran langsung tersebut demi menyajikan satu temasya yang gemilang kepada dunia," katanya ketika berada di studio bergerak HSR.

Sementara itu, Qin Gang berkata, temasya sukan berprestij dunia itu bakal menyaksikan perlawanan pasukan hoki ais lelaki dari China menentang Amerika Syarikat.

"Saya harap kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi cemerlang di medan pertandingan. Moga nasib baik menyebelahi mereka," ujarnya menerusi pautan video.

Beliau juga berbangga terhadap penggunaan teknologi pembuatan ais tercanggih bagi temasya berkenaan, yang mampu mengurangkan pelepasan karbon ke tahap sifar.

Bintang luncur laju AS, Brittany Bowe yang turut menantikan acara pertandingan di Beijing, juga yakin temasya sukan berkenaan akan diadakan dengan jayanya.