Pasaran Domestik China Kekal Mampan

2022-01-13 15:30:03  CRI
Share with:

Indeks harga pengguna (CPI) China naik 1.5 peratus pada Disember berbanding tempoh sama tahun lepas, menurun 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Dengan itu, CPI mencatatkan kenaikan pada kadar 0.9 peratus bagi sepanjang tahun 2021.

Di samping itu, indeks harga pengeluar (PPI) didapati naik 10.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurun 1.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut ahli statistik kanan NBS, Dong Lijuan, walaupun terkena impak wabak COVID-19 pada Disember lepas, namun pasaran pengguna domestik tetap beroperasi dengan mampan susulan kerajaan mengambil inisiatif bersepadu bagi membendung penularan wabak, menjamin bekalan dan menstabilkan harga barangan. Inisiatif tersebut turut membantu menurunkan harga produk perindustrian.