Ekonomi Global Diunjur Tumbuh 4.1 Peratus 2022

2022-01-13 15:35:18  CRI
Share with:

Bank Dunia (WB) dalam Laporan Prospek Ekonomi Global terkininya mengunjurkan ekonomi dunia meningkat 4.1 peratus tahun ini, 0.2 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran sebelumnya. 

Dalam pada itu, ekonomi China diunjur merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus.

Momentum pemulihan ekonomi global dijangka akan menjadi perlahan berikutan penularan wabak COVID-19. 

Presiden WB, David Malpass menyeru masyarakat antarabangsa supaya memperkukuh tindakan bersepadu serta gerak balas dasar di peringkat negara bagi memastikan pertumbuhan positif dicapai semua entiti ekonomi.