Zimbabwe Zahirkan Penghargaan Bantuan Vaksin China

2022-01-13 13:41:21  CRI
Share with:

Presiden Zimbabwe, Emmerson Dambudzo Mnangagwa menzihirkan penghargaan kepada China atas bantuan dalam usaha melawan COVID-19 di negaranya.

Menurut Duta Besar China ke Zimbabwe, Guo Shaochun, China akan menyumbang lagi 10 juta dos vaksin buatan China kepada Zimbabwe.

Presiden Mnangagwa mengumumkan maklumat ini kepada rakyatnya ketika menyampaikan ucapan melalui TV Rabu lalu.

Beliau menyatakan bahawa pihaknya menghargai sokongan dan komitmen China demi membantu negara Afrika melawan pandemik COVID-19.

"Bantuan China meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian kepada vaksin COVID-19 yang berkesan di Zimbabwe, benua Afrika bahkan seluruh dunia.

"Tindakan China patut disanjung tinggi kerana mencerminkan penghormatan demi maruah dan keselamatan nyawa manusia. Peranan utama China dalam usaha melawan pandemik COVID-19 telah merapatkan perpaduan antara pelbagai negara," kata beliau.