Dialog Strategik ke-22 China-Perancis

2022-01-13 13:35:54  CRI
Share with:

Atas undangan Menteri Luar China, Wang Yi, Penasihat Diplomatik untuk Presiden Perancis, Emmanuel Bonne akan mengadakan lawatan ke China dan menghadiri Dialog Strategik ke-22 China-Perancis mulai hari ini.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing Rabu lalu.

Wang menyatakan bahawa pemimpin China akan mengadakan pertemuan secara maya dengan Emmanuel Bonne dalam rangka lawatannya ke China.

Dalam Dialog Strategik ke-22 China-Perancis pula,  Wang Yi akan mengadakan perbincangan dengan Emmanuel Bonne tentang isu memperkukuh saling kepercayaan politik dan mempergiat kerjasama pragmatik kedua-dua negara  dalam pelbagai sektor serta memelihara bersama amalan multilateralisme, selain bertukar-tukar pandangan tentang  isu hangat serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.