Eileen Gu, Bintang Bersinar di Pentas Ski

2022-01-14 16:29:41  CRI
Share with:

Bergelar prodigi dalam sukan ski gaya bebas, Eileen Gu merupakan atlet China pertama yang menjuarai X Games (Sukan Ekstrem).

Bintang sukan itu juga pernah mencipta rekod apabila meraih pingat emas dalam pertandingan ski gaya bebas kategori halfpipe dan sukan ekstrem musim sejuk, ketika pertama kali menyertai acara tersebut.

Gu dilahirkan di San Francisco pada September 2003, berdarah kacukan Amerika di sebelah ayah dan China di sebelah ibunya.

Gadis itu mulai mengikuti latihan ski gaya bebas sejak berusia lapan tahun.

Berkat bakat dan kesungguhan yang luar biasa, Gu memenangi pingat emas dalam pertandingan ski gaya bebas junior Amerika Syarikat ketika berusia sembilan tahun, dan mula menyertai kategori dewasa pada usia 13 tahun.

Ketika berusia 10 tahun, Gu menanam cita-cita mewakili China untuk bertanding di arena antarabangsa.

Pada tahun 2019, Gu berkongsi perkhabaran dia telah menjadi seorang atlet ski gaya bebas China menerusi akaun media sosialnya, sekali gus mengisytiharkan dirinya telah melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat.

Gu akan bertanding dalam tiga acara Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 nanti, iaitu ski gaya bebas kategori big-air, halfpipe dan slopestyle.

“Saya amat seronok bermain ski. Menerusi Olimpik Musim Sejuk di Beijing, saya ingin berkongsi keterujaan saya terhadap sukan ini kepada rakan-rakan di China dan seluruh dunia,” ujarnya.