António Guterres Sah Hadir Majlis Perasmian Sukan Olimpik Sejuk Beijing

2022-01-14 15:16:16  CRI
Share with:


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), António Guterres mengesahkan akan menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan Kumpulan Media China(CMG) pada Khamis,  Guterres menyatakan, Sukan Olimpik terbukti berfungsi menyatupadukan masyarakat dan membawa kedamaian di dunia. Itulah sebab beliau akan menghadiri majlis perasmian temasya sukan itu, bukan kerana unsur politik.

“Sukan Olimpik merupakan satu peristiwa sukan yang mampu menyatupadukan rakyat seluruh dunia dan mengesyorkan kedamaian," kata beliau.