Bangkit Isu Buruh Paksa, Amalan Hegemoni Terdedah

2022-01-14 14:07:55  CRI
Share with:

Kelakuan Amerika Syarikat (AS) menuding jari terhadap China dengan dalih buruh paksa, mengundang kritikan pedas. 

Profesor De Quanying dari Sekolah Undang-undang Universiti Kewangan dan Ekonomi Xinjiang berkata masalah buruh kanak-kanak, pemerdagangan manusia dan buruh paksa sudah wujud sekian lama, malah makin menjadi-jadi di AS.

Bagaimanapun, badan legislatif AS memekakkan telinga terhadap masalah negara sendiri, sebaliknya sengaja melabel China sebagai negara yang mengamalkan buruh paksa menerusi kaedah undang-undang.

Beliau semasa sidang media anjuran kerajaan wilayah Xinjiang pada Khamis, menyifatkan tindakan seumpama bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi juga mencerminkan amalan hegemoni negara itu.