China Sudah Siap bagi Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-01-15 16:52:05  CRI
Share with:

Dunia menyatakan kepercayaannya terhadap China, dan China sudah bersiap. Semua kerja  persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing sudah selesai pada asasnya.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Jumaat lalu.

 Dalam satu acara mempromosi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing di Stadium Sukan Washinton Amerika Syarikat(AS) yang dianjurkan oleh cawangan Kumpulan Media China(CMG) di Amerika Utara, penduduk AS menyampaikan harapan baik kepada temasya sukan itu.

“Saya pun telah menonton video mengenai acara itu yang penuh dengan elemen tradisional China, suasana Sukan Olimpik Musim Sejuk yang meriah serta semangat tinggi dari penduduk AS.

"Kejayaan acara itu membuktikan lagi, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing merupakan temasya sukan atlet dan peminat salji dan ais seluruh dunia, dan juga mewakili suara bersama penduduk AS dan masyarakat antarabangsa,” kata Wang Wenbin.

Wang menegaskan, China berkeyakinan untuk menjayakan satu temasya sukan yang jadualnya telah diperkemas, selamat dan menarik kepada seluruh dunia, sekali gus menyuntik perpaduan, keyakinan dan tenaga kepada dunia yang  masih bergelut dengan penularan pandemik COVID-19.