Wang Yi: China Yakin Jayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk

2022-01-15 15:44:42  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap  Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan keyakinan bahawa Sukan Olimpik Musim  Sejuk 2022 di Beijing nescaya akan mewujudkan lebih banyak jambatan persahabatan  dan platform kerjasama antara rakyat China dengan rakyat seluruh  dunia.

Wang berkata demikian ketika  menyampaikan ucaptama melalui pautan video dalam majlis perasmian forum  kerjasama dan pembangunan bandar bersahabat antarabangsa Sukan Olimpik Musim  Sejuk Beijing pada Jumaat lalu.

Menurutnya, menjayakan temasya  sukan merupakan komitmen China kepada masyarakat antarabangsa. Kerajaan dan  Presiden, Xi Jinping memberikan perhatian yang tinggi terhadap temasya sukan  tersebut. Masyarakat antarabangsa khususnya bandar bersahabat antarabangsa juga  menghulurkan bantuan besar kepada China.