China Alu-alukan Kehadiran Setiausaha Agung PBB Ke Sukan Olimpik Beijing

2022-01-15 16:50:21  CRI
Share with:

China mengalu-alukan kehadiran Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),  António Guterres ke majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Jumaat lalu.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan Kumpulan Media China(CMG) pada Khamis, Guterres menyatakan, Sukan Olimpik terbukti berfungsi menyatupadukan masyarakat dan membawa keamanan di dunia. Itulah sebab beliau akan menghadiri majlis perasmian temasya sukan itu, bukan kerana unsur politik.

“Tokoh-tokoh dari pelbagai pertubuhan antarabangsa telah menyampaikan sokongan dan harapan baik kepada Sukan Olimpik Beijing dan menentang tindakan mempolitikkan aktiviti sukan. Ini memperlihatkan keazaman bersama masyarakat antarabangsa untuk menuju ke masa depan.

"Menjelang perasmian Sukan Olimpik Beijing, China berkeyakinan berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyemarakkan semangat Olimpik dan memaparkan satu tamasya sukan yang jadualnya telah diperkemas, selamat dan menarik,” kata Wang Wenbin.