Pembohong Akan Dipaku pada Tiang Keaiban Sejarah

2022-01-15 15:47:03  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sesi taklimat Jumaat lalu mengkritik pembohongan melibatkan isu Xinjiang yang dibuat secara berterusan oleh politikus Amerika Syarikat(AS).

Pegawai AS baru-baru ini menyatakan, penyelesaian masalah “buruh paksa” merupakan urusan yang diutamakan oleh kerajaan AS pada masa ini. Menurut mereka, masyarakat antarabangsa memberikan perhatian terhadap“genosid” dan “jenayah terhadap kemanusiaan” yang sedang berlaku di Xinjiang. Senator berkenaan AS menyebut kapas Xinjiang merupakan sinosim “buruh paksa”.

Wang Wenbin berkata, pembohong perlu menyamar, dan pembuat pembohongan berkaitan Xinjiang sering menyembunyikan diri dengan tiga "mantel". 

“Mantel” pertama ialah mengedarkan pembohongan dengan nama pakar atau institusi akademi. Contoh yang tipikal ialah Adrian Zenz. Menurutnya, terdapat "900 ribu hingga 1.8 juta orang ditahan di kem tahanan Xinjiang". Khabar angin ini berasal dari laporan yang tidak berasas oleh sebuah media yang berpangkalan di Turki dengan hubungan rapat dengan pelampau. 

Menurut Adrian Zenz pula, 70 peratus kapas di Xinjiang dituai secara manual. Tetapi perkataan ini sama sekali  berbeza dengan fakta iaitu lebih 85 peratus kapas di Xinjiang dituai dengan menggunakan mesin. Apa yang disebut “pakar isu China” sama sekali merupakan pakar palsu tanpa etika akademi. 

“Mantel” kedua ialah membuat pembohongan dengan identiti “ mangsa”.    “Mangsa” atau “saksi”  teresbut sama sekali pelakon yang tidak pandai.  Contoh yang tipikal ialah  Zumrat Dawut, Tursunay Ziawudun berbohong dan Sayragul Sauytbay. Mereka ada kalanya berkata telah menyaksikan amalan "penyeksaan" dan "keganasan" di pusat-pusat latihan vokasional di Xinjiang dan ada kalanya menegaskan pula mereka tidak pernah melihat sebarang tindakan keganasan. Mereka sama sekali  tidak dapat membuktikan kenyataan sendiri. 

“Mantel” ketiga ialah membuat pembohongan dengan bertopengkan undang-undang. Wakilnya ialah apa yang disebut “Tribunal Uygur”. “Tribunal” ini  sebenarnya tidak berkaitan dengan undang-undang, sebaliknya berkaitan dengan sebuah pertubuhan anti-China.