PBB Keluarkan Setem Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

2022-01-16 14:12:17  CRI
Share with:

Pentadbiran Pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPA) pada Jumaat lalu mengumumkan akan mengeluarkan setem bertemakan "Sukan untuk Keamanan"  untuk meraikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Menurut pegawai pentadbiran itu,  ini adalah kali pertama UNPA mengeluarkan setem untuk Sukan Olimpik musim sejuk. Setem yang dikeluarkan kali ini menampilkan imej atlet acara sukan yang melibatkan hoki, papan luncur salji, luncur ais berbunga, Bobsleigh, kurling dan ski Alpine.