Lawat Restoran Pintar bagi Media Olimpik Musim Sejuk

2022-01-16 14:36:49  CRI
Share with:

Perkhidmatan pintar akan disediakan di restoran pusat media utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing nanti.

Pelbagai pilihan makanan yang enak dijangka akan dihidangkan dengan teknologi pintar bagi meningkatkan kecekapan bekalan makanan dan menjimatkan tenaga manusia, selain mengelakkan kontrak rapat yang berlebihan yang dianggap sebagai langkah pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19.

Restoran media akan beroperasi 24 jam sehari dalam tempoh berlangsungnya temasya sukan ini dan menyediakan pelbagai pilihan makanan China, makanan Barat dan makanan segera.