China Bekal Lebih 2 Bilion Dos Vaksin COVID-19 kepada Dunia

2022-01-17 15:59:58  CRI
Share with:

China telah menyediakan kira-kira 372 bilion pelitup muka, 4.2 bilion set pakaian pelindung serta 8.4 bilion reagen ujian asid nukleik (NAT) kepada masyarakat antarabangsa setakat hujung tahun lalu, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Pengarah NBS, Ning Jizhe dalam taklimat media hari ini berkata, China juga merupakan penyedia vaksin COVID-19 paling banyak di dunia, dengan membekalkan lebih dua bilion dos kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa.