China Sedia Hampir 13 Juta Peluang Pekerjaan Baharu pada 2021

2022-01-17 13:50:14  CRI
Share with:

Seramai 12.68 juta penduduk di bandar dan luar bandar China berjaya mendapat pekerjaan baharu sepanjang tahun 2021, iaitu bertambah sebanyak 830 ribu berbanding 2020.

Menurut statistik yang diumumkan Jabatan Penerangan Dewan Negara China pagi tadi, ia sekali gus menyaksikan kadar pengangguran purata sebanyak 5.1 peratus, iaitu menurun sehingga 0.5 peratus.

Dalam pada itu, jumlah pekerja migran pada tahun lalu meningkat 2.4 peratus dengan mencatat 292.51 juta orang, manakala pendapatan per kapita golongan itu pula mencatat RMB 4,432 (RM2,920) sebulan, iaitu meningkat 8.8 peratus berbanding 2020.