China Sudi Hulur Tangan Bantu Tonga

2022-01-17 11:46:50  CRI
Share with:


China mengikuti rapat perkembangan terkini yang sedang berlaku di Tonga susulan letusan gunung berapi kuat yang turut mencetuskan tsunami di negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin berkata, Kedutaan China di Tonga segera mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan dan mengambil perhatian terhadap warga China di negara terbabit.

Semasa sidang media pada Ahad, beliau menyatakan tiada kemalangan jiwa warga China dilaporkan setakat ini.

Menurutnya, China dan Tonga menjalin perkongsian strategik yang komprehensif.

“Beijing menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Tonga.

“Kami (China) sudi menghulurkan tangan untuk membantu negara itu,” ujar Wang.