Peraturan Penonton Sukan Olimpik dan Paralimpik Ditetapkan

2022-01-18 15:26:33  CRI
Share with:

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing memaklumkan penonton bagi temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan dihadkan kepada golongan tertentu dan tiket tidak akan dijual kepada awam.

Menurut maklumat dalam sesawangnya pada Isnin, penetapan baharu itu adalah susulan masih terdapat berlakunya wabak COVID-19.

Terdahulu, pihak penganjur telah mengadakan penjualan tiket kepada penonton domestik yang mematuhi peraturan kawalan dan pencegahan wabak sebelum dibatalkan pada semalam.

Dimaklumkan, para penonton didesak untuk mengikuti peraturan secara ketat termasuk pada sebelum, semasa dan selepas pertandingan supaya dapat memberikan suasana kondusif.

Untuk rekod, Beijing mengeluarkan dasar penting berhubung Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 untuk mencegah dan mengawal wabak pada 30 September 2021, yang menegaskan bahawa tiket untuk acara temasya sukan itu tidak dijual kepada penonton di luar negara.