Ucaptama Xi Amat Signifikan: Pengasas WEF

2022-01-18 14:25:21  CRI
Share with:

Ucaptama yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping sempena sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) amat signifikan bagi mendorong kerjasama sejagat, kata pengasas dan pengerusi eksekutif WEF, Klaus Schwab.

Menurut beliau, Xi menegaskan peri pentingnya kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan, serta keadilan pengagihan vaksin COVID-19. China telah menjadi teladan dalam bidang-bidang tersebut.

Pada pandangannya, ucaptama Presiden Xi sekali lagi memperlihatkan komitmen China untuk menggalakkan kerjasama global.

Selain itu, China terus komited memantapkan  pembaharuan dan keterbukaan,  melindungi ekologi dan menyertai kerjasama antarabangsa.

"Usaha tersebut menjanjikan manfaat buat semua, sekali gus menggerakkan ekonomi dunia ke arah lebih hijau dan inklusif," kata Schwab.