Palang Merah China Sumbang USD100,000 kepada Tonga

2022-01-18 11:27:20  CRI
Share with:

Persatuan Palang Merah China (RCSC) akan menghulurkan bantuan kemanusiaan kecemasan berbentuk wang tunai sebanyak USD100,000 kepada Tonga, maklum jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian.

Letusan gunung berapi kuat yang terjadi di Tonga pada Sabtu lalu telah mengakibatkan kerugian besar.

Zhao berkata, China memberi perhatian terhadap situasi bencana di Tonga, dan menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat negara itu.

"China akan terus menyalurkan bantuan setakat termampu mengikut keadaan bencana dan keperluan pihak Tonga.

"Kerajaan dan rakyat Tonga diyakini mampu mengatasi malapetaka ini dan membina semula kampung halaman mereka seawal mungkin”, katanya kepada pemberita pada Isnin.