Zhangbei Pembekal Tenaga Hijau Olimpik 2022

2022-01-18 14:27:30  CRI
Share with:

Konsep “Olimpik hijau” yang diamalkan sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 mendapat pujian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Pengerusi Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing IOC, Juan Antonio Samaranch ketika diwawancara baru-baru ini berkata, hijau dan mesra alam antara ciri-ciri tersendiri temasya tersebut. 

Kesemua 26 venue di tiga kawasan pertandingan akan seratus peratus menggunakan tenaga elektrik hijau, buat pertama kalinya dalam sejarah.

Ini bermakna sebanyak 4.9 juta tan batu arang standard akan dijimatkan dan 12.8 juta tan pelepasan karbon dioksida dikurangkan setiap tahun.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang taklimat pada Isnin berkata, konsep hijau diterapkan dalam seluruh proses persiapan Olimpik 2022.

Menurut beliau, Zhangbei di provinsi Hebei merupakan pembekal kuasa elektrik hijau untuk venue temasya di Beijing.

Jurucakap itu memperkenalkan projek demonstrasi tenaga boleh baharu yang dilaksanakan di Zhangbei.

"Tiupan angin dari Zhangbei bertukar menjadi tenaga bersih, lalu dihantar sampai ke tiga zon pertandingan di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.

"Ada sebuah cerita yang mengatakan, serata pelosok kota Beijing diterangi kuasa elektrik dari Zhangbei," ujarnya.