Ucaptama Xi Isyarat Positif kepada Dunia

2022-01-19 12:39:51  CRI
Share with:


Ucaptama Presiden Xi Jinping sempena sesi tahunan Davos Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerusi pautan video pada Isnin, menandakan satu isyarat positif kepada dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, pandemik COVID-19 telah berlarutan selama lebih dua tahun, menyebabkan momentum pemulihan ekonomi global tidak menentu dan jurang pembangunan Selatan-Utara semakin melebar.

Selain itu, amalan perlindungan dan unilateralisme juga bangkit semula, menjadikan dunia terjebak ke dalam kancah pergolakan.

Pada saat genting ini, Presiden Xi tampil lagi di podium WEF dengan memberikan kata-kata semangat buat seluruh dunia.

Antara yang disentuhnya ialah hala tuju kolaborasi masyarakat antarabangsa dalam memerangi wabak, penyelesaian untuk memantapkan rejuvenasi ekonomi global, pendekatan realistik untuk merapatkan jurang pembangunan, serta adab pergaulan sesama negara.

Zhao turut menyifatkan ucaptama Xi itu sebagai galakan yang meningkatkan keyakinan semua pihak dalam menewaskan wabak dan menggiatkan semula ekonomi, sekali gus menyahut aspirasi rakyat dunia untuk mewujudkan pembangunan damai dan menjalin kerjasama menang-menang.