Konsert TBC Bertema Harmoni, Kerjasama

2022-01-19 12:52:19  CRI
Share with:

Konsert Tahun Baharu Cina (TBC) yang bertemakan "harmoni dan kerjasama" berlangsung di National Grand Theater di Beijing, Selasa.

Konsert itu diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, Duta Brunei Pehin Dato Rahmani, Duta Singapura Lui Tuck Yew, serta wakil diplomat dari Jepun, Republik Korea, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Peserta turut diberi peluang untuk menghayati budaya Cina sambil merasai suasana sambutan TBC menerusi satu pameran kaligrafi kuplet yang diadakan secara serentak.

Acara tersebut dianjurkan bersama Persatuan Confucius Antarabangsa (ICA) dan Pusat China-ASEAN.