Gesa Henti Lihat China sebagai "Musuh Khayalan"

2022-01-19 14:48:09  CRI
Share with:

Beijing membidas "Inisiatif China" kendalian Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) hanya alat diperguna kuasa anti-China untuk menyalahgunakan konsep keselamatan negara dan membendung pembangunan China.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sidang media pada Selasa menggesa AS berhenti melihat China sebagai "musuh khayalan", mencemarkan nama China dan mengganggu pertukaran normal sesama negara dalam bidang sains, teknologi dan budaya.

Perlakuan AS yang mengabaikan keadilan kehakiman dan sengaja melemparkan tuduhan, dikecam keras pelbagai pihak.

Zhao menegaskan, kerajaan China sentiasa menyokong program pertukaran berkenaan dilakukan berdasarkan undang-undang, integriti saintifik dan etika profesional, sama dengan amalan biasa negara lain.