Prinsip Satu China Tak Boleh Dicabar

2022-01-20 11:58:17  CRI
Share with:

Beijing membantah keras kenyataan pemimpin Slovenia yang terang-terangan mencabar prinsip satu China dan menyokong "kemerdekaan Taiwan". 

Perdana Menteri Slovenia, Janez Jansa dalam satu temu bual baru-baru ini mendakwa pihaknya sedang berunding dengan Taiwan berhubung urusan penubuhan pejabat perwakilan di satu sama lain. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian membalas dengan mengatakan, Taiwan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China, dan kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini.

"Prinsip satu China sudah menjadi norma yang diterima umum dan konsensus bersama masyarakat antarabangsa. Ia juga asas politik kepada hubungan China-Slovenia dan China-Kesatuan Eropah (EU).

"Iltizam serta keupayaan rakyat China dalam mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah tidak boleh dipandang rendah," tegas Zhao semasa taklimat media pada Rabu.