1.425 Juta Stesen Pemancar 5G Dibuka Setakat 2021

2022-01-20 15:29:33  CRI
Share with:

Sektor telekomunikasi China berjaya merealisasikan pertumbuhan pada tahun lepas apabila kapasiti gigabit gentian optik mencapai liputan untuk sekitar 300 juta isi rumah.

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China dalam sidang taklimat Jabatan Penerangan Dewan Negara pada hari ini turut memberitahu jaringan 5G dan gentian optik turut dibangunkan dengan kadar cepat pada 2021.

Menurut kementerian itu, ia sekali gus menyaksikan pembukaan sebanyak 1.425 juta stesen pemancar 5G, manakala sekitar 512 ribu kampung berjaya mendapat akses jalur lebar.