2021: Jumlah Seluruh Logistik di China Langkau RMB300 Trilion

2022-01-20 15:30:35  CRI
Share with:

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China sepanjang 2021 secara puratanya mencatat 50.5 peratus, iaitu lebih tinggi daripada tahun 2019 dan 2020.

Menurut Pengerusi Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP), He Liming pada Sidang Tahunan Usahawan Logistik China ke-19, jumlah keseluruhan logistik sosial China untuk 2021 turut dilaporkan melebihi RMB300 trilion (RM197.82 trilion).

Kata beliau, pendapatan seluruh sektor logistik dianggarkan mencecah RMB11 trilion (RM7.25 trilion), sekali gus mewujudkan pertumbuhan sebanyak 15 peratus.

Pada masa sama, unjuran awal nisbah kos logistik terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 pula dianggarkan mencatat 14.7 peratus.

Tatkala berhadapan dengan ujian penularan wabak dan tekanan pengurangan kos, data tersebut menyaksikan sektor terbabit berjaya merealisasikan kemajuan secara stabil.