Nisbah RMB dalam Pembayaran Antarabangsa Cipta Rekod

2022-01-21 14:15:59  CRI
Share with:

Urusan transaksi Renminbi (RMB) berjaya mencapai tahap kedua tertinggi dalam rekodnya pada Disember 2021 dengan penggunaan RMB dalam pembayaran antarabangsa meningkat dari 2.14 peratus pada bulan sebelumnya kepada 2.7 peratus.

Serentak itu, RMB sedang menjadi antara mata wang pembayaran rentas sempadan yang paling disukai peringkat global pada penghujung 2021 apabila berjaya menduduki tempat keempat selepas Yen Jepun (JPY), sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam tempoh enam tahun lalu.

Menurut laporan terkini yang diumumkan Pertubuhan untuk Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT) pada Rabu, penempatan dolar Amerika pula mencatat 40 peratus dan kekal menduduki tempat pertama untuk tujuh bulan berturut-turut dan diikuti oleh EURO dan Pound Britain.