China, Jerman Ikrar Perdalam Kerjasama Pelbagai Bidang

2022-01-21 12:09:24  CRI
Share with:


Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Annalena Baerbock menerusi pautan video pada Khamis.

Wang berkata, menjelang sambutan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Jerman, dua negara harus melaksanakan sepenuhnya konsensus yang tercapai, di samping merumuskan hasil serta pengalaman yang diperoleh melalui pembangunan hubungan dua hala.

“Kita (China dan Jerman) hendaklah kekal sebagai suri teladan kerjasama menang-menang, dan bergerak ke arah menjadi pelopor hubungan China-Eropah, penggerak hubungan antarabangsa model baharu serta kolaborator yang mengatasi perbezaan dalam sistem sosial,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan kepada dua negara itu untuk meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang, antaranya digital, telekomunikasi, perkhidmatan dagangan, sains dan teknologi pertanian, pembangunan hijau dan sebagainya.

Dalam pada itu, Baerbock menyatakan, pihak Jerman komited memantapkan perkongsian yang stabil dengan China, dan akan terus berpegang kepada prinsip satu China.

Mengambil kesempatan menyambut jubli emas, tambah beliau lagi, selain memperdalam pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, pihaknya berjanji akan melayan semua syarikat asing di Jerman secara sama rata, termasuk dari China.