China Janji Terus Salur Bantuan kepada Tonga

2022-01-21 12:12:34  CRI
Share with:


Beijing berjanji akan terus menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan dan wang tunai kepada Tonga.

Demikian umum jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sesi taklimat di Beijing pada Khamis.

Menurut beliau, bekalan bantuan kecemasan yang disumbangkan China telah tiba di negara kepulauan Pasifik Selatan itu pada Rabu.

“Kami (China) sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Tonga, dan bertindak pantas untuk menggerakkan bantuan bencana ke sana,” katanya.

Zhao memaklumkan, Persatuan Palang Merah China menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan berupa wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM418,600) kepada pihak Tonga.

Selain itu, bekalan bantuan bencana bernilai 280,000 yuan (RM184,791) antaranya air minuman dan barang makanan, telah digerakkan kepada negara itu oleh Kedutaan Besar China di sana, pada Rabu.

“Kami akan terus memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai dan bekalan berdasarkan situasi dan keperluan Tonga,” tambah beliau.