China Gesa Lithuania Ambil Tindakan Konkrit Baiki Hubungan

2022-01-22 15:01:26  CRI
Share with:

Lithuania perlu menunjukkan keikhlasan dan mengambil tindakan konkrit jika benar-benar mahu membaiki hubungan dengan China, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Akhir-akhir ini, Presiden Lithuania Gitanas Nauseda mengatakan ketegangan hubungan dengan China mengakibatkan kerugian perniagaan buat Lithuania, maka pihaknya perlu melaksanakan langkah-langkah untuk meredakan ketegangan tersebut.

Sehubungan itu, Zhao berkata keadaan semasa adalah berpunca daripada kedegilan pihak Lithuania memegang pendirian salah dalam isu Taiwan, yang menjejaskan kepentingan teras China dan merosakkan norma asas hubungan antarabangsa.

"Masyarakat antarabangsa akan menjadi pengadil siapa yang menyebabkan hubungan China-Lithuania memburuk. 

"Jika benar-benar ingin membaiki hubungan, Lithuania perlu mengambil tindakan praktikal.

"Pintu komunikasi akan sentiasa terbuka untuk negara itu," ujar Zhao dalam sidang media pada Jumaat.