Gala TBC 2022 Jalani Sesi Raptai Penuh

2022-01-22 14:26:32  CRI
Share with:

Sesi raptai penuh Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 anjuran Kumpulan Media China (CMG), diadakan di Beijing pada Jumaat, bakal menyajikan karnival seni budaya bertaraf tinggi kepada audiens serata dunia.

Difahamkan, gala tersebut akan menghidangkan pelbagai persembahan menarik, antaranya tarian, nyanyian, sketsa komedi, dialog rancak “crosstalk” dan sebagainya.

Selain memaparkan keunikan budaya tradisional, atur cara persembahan juga mengetengahkan pelbagai tema yang diinspirasikan daripada kehidupan seharian masyarakat, yang bakal menyentuh perasaan penonton.

Gala berkenaan nanti akan memberi peluang kepada penonton untuk merasai pengalaman penerokaan menerusi teknologi canggih yang interaktif, seperti realiti diperluas atau extended reality (XR) dan skrin melengkung 720 darjah, yang memberikan kesan audio visual luar biasa.

Acara menonton gala TBC bersama seisi keluarga sudah menjadi antara tradisi yang lazim diamalkan rakyat China sempena perayaan tradisional tersebut.