Teguh Sokong Perjanjian Damai-Sentara Olimpik

2022-01-22 15:47:51  CRI
Share with:

China teguh menyokong seruan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76, Abdulla Shahid supaya perjanjian damai-sentara Olimpik dipatuhi sepenuhnya, dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian berkata masyarakat antarabangsa menyuarakan sokongan terhadap Olimpik Beijing serta lantang menentang pempolitikan sukan, mencerminkan aspirasi bersama "Together for a Shared Future”.

"China akan bersama semua pihak mempraktikkan semangat Olimpik 'lebih bersatu' dan menyajikan temasya sukan Olimpik yang sederhana, selamat dan gemilang kepada seluruh dunia," katanya kepada pemberita pada Jumaat.