Syria Kecam Operasi Tentera AS

2022-01-23 15:14:58  CRI
Share with:

Syria mengecam keras operasi tentera Amerika Syarikat (AS) serta Tentera Demokratik Syria yang disokongnya di wilayah Al Hasakah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Syria pada Sabtu, operasi berkenaan membawa kesengsaraan kepada rakyat Syria, sehingga menyebabkan ribuan keluarga kehilangan tempat kediaman.

Kenyataan itu turut menggesa pengunduran segera tentera AS dari kawasan timur laut, dan pengunduran tentera Turki dari barat laut Syria.

Menurut kenyataan itu, anggota kumpulan ekstremis dan militan Tentera Demokratik Syria melakukan pembunuhan terhadap rakyat jelata dan memusnahkan infrastruktur di Al Hasakah pada beberapa hari kebelakangan ini. Tentera AS juga terlibat dalam kegiatan tersebut yang menyebabkan pengorbanan nyawa tidak berdosa, termasuk warga emas, kanak-kanak dan wanita.