Etiopia Terima Lagi Sumbangan Vaksin China

2022-01-23 15:17:38  CRI
Share with:

Kumpulan kelima vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China kepada Etiopia selamat tiba di Addis Ababa baru-baru ini.

Duta China, Zhao Zhiyuan dalam majlis penyerahan berkata, Etiopia kini berdepan dengan gelombang keempat penularan COVID-19. Bekalan vaksin tersebut akan membantu negara itu mengukuhkan lagi pencegahan dan kawalan pandemik.

Beliau menambah, China akan terus menghulurkan bantuan vaksin kepada Etiopia ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang lebih kukuh pada era baharu. 

Sementara itu, Menteri Kesihatan Etiopia, Lia Tadesse merakamkan penghargaan atas sokongan China terhadap usaha negaranya membendung wabak, menggiatkan semula ekonomi dan melindungi kesihatan rakyat.

Etiopia akan menggunakan bantuan vaksin China sebaik-baiknya untuk meningkatkan kadar pemvaksinan hingga menewaskan pandemik seawal mungkin, katanya.