Hoki Ais Digemari Ramai di China

2022-01-24 15:26:04  CRI
Share with:

Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, kebersamaan penduduk pelbagai etnik di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang untuk menyertai aktiviti salji dan ais turut sama meningkat.

Baru-baru ini, penduduk di kaunti Yutian, Hotan, Xinjiang menganjurkan pertandingan hoki ais sebagai tanda sokongan kepada temasya tersebut.

Untuk rekod, hoki ais yang turut dipanggil 'Hoki Yutian' itu telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan kebendaan peringkat negara pada tahun 2021 dan digemari ramai dalam kalangan rakyat tempatan.