Tempoh Kitaran Kontrak Terlaksana Pertama dalam Pasaran Karbon

2022-01-24 15:34:31  CRI
Share with:

Setakat 31 Disember 2021, jumlah perdagangan  kuota pelepasan karbon di Bursa Perdagangan Hak Pelepasan Karbon China (CCETE)  mencatat 179 juta tan, dengan nilainya mencecah RMB7.661 bilion (RM5.017 bilion)  dan harga puratanya RMB42.85 (RM28.26)  setan.

Dalam sidang taklimat hari ini, Kementerian  Ekologi dan Persekitaran China memaklumkan, tempoh kitaran kontrak terlaksana  yang pertama berakhir dengan lancar dalam CCETE, menyaksikan 99.5% kontrak yang  termeterai selesai dilaksanakan.