Pusat Media Sukan Olimpik Musim Sejuk Mula Operasi Sepanjang Hari

2022-01-24 12:28:03  CRI
Share with:

Pusat Media Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 beroperasi 24 jam sepanjang hari bermula pagi tadi.

Ketua Jabatan Operasi Media Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Xu Jicheng dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa wartawan dan warga media dari seluruh dunia berpeluang menikmati perkhidmatan yang tepat, pantas dan lengkap di pusat tersebut.

Beliau berkata, perkhidmatan yang tersedia di Pusat Media itu berorientasikan “paling sesuai” dan “paling profesional”, dan disasarkan ke arah bertaraf dunia, berpandukan SOP (Standard Operating Procedure), profesional dan informatif supaya dapat membantu para wartawan memastikan kelangsungan, kelancaran dan ketepatan dalam melaporkan sukan OIimpik edisi tahun ini.