Beijing 2022: Menara Kaherah Tunjuk Sokongan, Bermandikan Cahaya Lampu

2022-01-25 16:00:35  CRI
Share with:

Sempena kira detik 10 hari sebelum pembukaan majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Menara Kaherah Mesir bergemalapan dengan pertunjukan cahaya lampu.

Difahamkan, antara ayat yang terpapar menerusi pertunjukan lampu itu adalah termasuk "Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing", "Beijing 2022", dan "Bertemu di Beijing selepas 10 hari".

Kesemua ayat tersebut dipaparkan dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan Arab sebagai tanda sokongan dan harapan baik kepada temasya sukan tersebut.