Cerita Kashgar: Roti Naan Kashgar

2022-01-25 10:18:30  CRI
Share with:

Kashgar Xinjiang merupakan tempat penting dari segi pengangkutan sepanjang Laluan Sutera Kuno oleh saudagar dari dalam dan luar negara China sejak zaman purba. Di samping itu, Kashgar juga antara kota yang terkenal dengan budaya dan sejarah peringkat negara dengan memperlihatkan adat resam, kebudayaan, kesenian, seni bina bangunan dan gaya ekonomi tradisional etnik Uygur.

Kashgar terletak di tenggara wilayah Xinjiang, bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. Menurut keputusan bancian kebangsaan ketujuh 2020, jumlah penduduk tetap di Kashgar melebihi 4.49 juta orang.


Roti Naan antara makanan kegemaran penduduk berbilang etnik di Kashgar.

Melalui pewarisan, inovasi dan pengubahsuaian yang tidak berhenti-henti, terhasilnya roti Naan yang pelbagai jenis. Ia bukan sekadar makanan, malah disifatkan sebagai satu budaya.