China dan Negara Asia Tengah Membina Komuniti Berkongsi Nasib

2022-01-25 20:27:39  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mempengerusikan telesidang ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China dengan lima negara Asia Tengah di Beijing petang tadi.

Xi menyatakan bahawa kunci kejayaan kerjasama antara China dengan lima negara Asia Tengah adalah empat perinsip yang dikekalkan sejak sekian lama, iaitu saling menghormati, menyemarakkan semangat kejiranan, saling membantu, sama untung dan sama menang. Ini bukan sahaja menjadi jaminan politik bagi hubungan China dengan negara Asia Tengah dapat berkembang dengan stabil pada jangka masa panjang, tetapi juga merupakan sumber tenaga bagi memastikan persahabatan yang berkembang terus. 

 

Xi menekankan bahawa China sentiasa merupakan jiran, rakan dan sahabat yang boleh dipercayai dan disandar oleh negara Asia Tengah. China menyokong teguh negara Asia Tengah melakukan pembangunan berdasarkan situasi negara masing-masing, menyokong mereka memelihara kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah, menyokong usaha mereka untuk mengejar kebangkitan dan perpaduan bangsa, dan menyokong mereka memainkan peranan yang lebih besar dalam arena antarabangsa. China bersedia berganding bahu dengan negara Asia Tengah membina komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang lebih padu.

Pemimpin dari lima negara Asia Tengah masing-masing menyatakan   hasrat mereka untuk menghadiri majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing pada minggu depan. Mereka yakin China akan menjayakan temasya sukan itu dengan mengatasi pengaruh ekoran pandemik COVID-19 sekali gus membawa lebih banyak keyakinan dan sinar harapan kepada dunia.