Xi, Trong Saling Sampaikan Salam Selamat TBC

2022-01-25 14:34:11  CRI
Share with:

Presiden China yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Phu Trong hari ini mengutus surat antara satu sama lain untuk menyampaikan salam pada saat menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), hari raya tradisional bagi kedua-dua negara ini.

Xi dalam suratnya menyatakan bahawa beliau bersedia bersama-sama dengan Nguyen Phu Trong mengekalkan komunikasi yang erat untuk memastikan perkembangan hubungan kedua-dua negara ke arah yang bertambah baik. Beliau berharap kedua-dua pihak memperkukuh persahabatan yang tradisional dan memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasakan kerjasama yang kondusif, serentak itu mengawal perselisihan dengan baik, mengatasi cabaran dengan sinergi untuk mendorong perkembangan hubungan dua hala mencapai hasil baharu, mendorong kerjasama serantau meningkat ke tahap lebih tinggi sekali gus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Nguyen Phu Trong dalam suratnya pula menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa dan serantau mengalami perubahan yang drastik pada masa ini dan usaha pembangunan kedua-dua negara sosialis ini telah memasuki satu era yang baharu. Dalam konteks ini,  beliau bersedia bersama-sama dengan Xi terus mengarahkan jabatan kerajaan pelbagai peringkat di negara masing-masing untuk melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, merancakkan kerjasama terutamanya dalam melawan pandemik COVID-19 dan bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan pertukaran lawatan kalangan rakyat, dan menyuntik momentum kepada usaha mendorong hubungan kejiranan baik dan perkongsian rakan strategik yang menyeluruh antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.