Beijing 2022: Pasukan Ski Alpine AS Teruja ke China

2022-01-25 15:57:12  CRI
Share with:


Seramai 222 atlet Amerika Syarikat (AS) akan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 setelah senarai kontinjen diumumkan minggu lalu.

Ski alpine, salah satu acara tradisi bagi kontinjen AS, akan turut diwakili oleh ramai atlet unggul negara itu.

“Semua atlet AS tidak sabar menanti-nantikan penyertaan dalam temasya sukan di  Beijing dan ini pasti akan menjadi kenangan manis bagi setiap peserta,”kata jurucakap pasukan ski alpine AS.

Jelas beliau, elemen keterujaan tersebut ditambah lagi apabila  hampir semua atlet pasukan ski alpine tidak pernah pergi ke China, sekali gus menjadikan mereka lebih bersemangat untuk bertanding selain merasai pengalaman di Perkampungan Olimpik.