Langkah Kastam Pantas Selari dengan Penguatkuasaan RCEP

2022-01-26 16:04:30  CRI
Share with:

Pegawai berkenaan dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) dalam satu sidang akhbar anjuran Kementerian Perdagangan pagi tadi menyatakan bahawa pihaknya telah menggubal sejumlah dasar sejak berkuatkuasanya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk memudahkan dan membantu sektor korporat menikmati layanan keutamaan RCEP.

Difahamkan bahawa setekat semalam, syarikat pengeksport China telah memohon 24,695 sijil pengiktirafan tempat asal yang melibatkan produk logam asas (base metal--BME), barang kimia, arak beras kuning, kasut dan but yang bernilai RMB9.25 bilion (RM6.13 bilion).

Sementara itu, perkhidmatan 'daftar segera, semak segera, ambil segera' dilaporkan tersedia dalam sistem penyemak automatik terhadap sijil tempat asal RCEP yang beroperasi 24 jam setiap hari sepanjang tahun. Sijil tempat asal untuk Singapura, Thailand, Jepun, New Zealand dan Australia sudah boleh dicetak secara layan diri.

Naib Pengarah Biro Tarif GACC, Di Jie turut memaklumkan langkah selanjutnya, iaitu menjadikan sijil tempat asal dari Korea Selatan dan Malaysia boleh dicetak secara layan diri. Di samping itu, pihaknya akan bersama pelbagai anggota RCEP meningkatkan kesalinghubungan siber dalam bidang pengiktirafan sijil tempat asal untuk memudahkan urus niaga syarikat pengimport dan pengeksport.