Arahan Xi untuk Sasaran Capai Puncak Pelepasan Karbon dan Peneutralan

2022-01-26 13:41:22  CRI
Share with:

Memperjuangkan matlamat mencapai puncak pelepasan karbon dan peneutralan karbon adalah untuk mengamalkan konsep pembangunan baharu, membentuk paradigma pembangunan baharu dan mendorong pembangunan ke arah yang berkualiti tinggi. Ia merupakan keputusan strategik yang penting yang dibuat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berdasarkan pertimbangan terhadap senario domestik dan global.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika berucap dalam sesi pembelajaran kolektif ke-36 Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC mengenai perjuangan sasaran mencapai puncak pelepasan karbon dan peneutralan karbon di Beijing pada petang Isnin.

Xi menekankan bahawa mestilah menganalisis secara mendalam situasi semasa dan misi yang mendesak yang kita memikul untuk mendorong pelaksanaan kerja tersebut, menyedari sepenuhnya tentang rintangan yang wujud sepanjang proses perjuangan, berfokus kepada bidang utama, dan mengambil tindakan bersepadu dengan bersungguh-sungguh.