Peringkat 'Kira Detik' Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-01-26 13:19:00  CRI
Share with:

Sudah tamat tempoh pendaftaran atlet pelbagai negara dan kawasan untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Yang sudah terdaftar dilaporkan bercita-cita memberi prestasi yang sebaik mungkin.

Sebagai penganjur Sukan Olimpik 2014 di Sochi, Rusia telah menghantar satu kontinjen yang terdiri lebih 500 orang termasuk 200 orang atlet ke Beijing. Menteri Sukan Rusia, Oleg Matytsin menyatakan kerajaan China dan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) melakukan persiapan yang sangat bagus untuk menjayakan Sukan Olimpik tahun ini. Beliau yakin di sebalik penularan COVID-19, rakyat seluruh dunia akan berpeluang menyaksikan berlangsungnya sebuah temasya sukan yang cemerlang.

Norway dianggap negara paling berjaya dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk kerana pernah meraih 368 keping pingat termasuk 132 pingat emas. Kali ini, negara itu menghantar 83 orang atlet untuk menyertai pertandingan dalam 9 acara.

Sebagai salah sebuah negara terhebat dalam sukan ais dan salji, Jerman pula menghantar 148 orang atelt untuk merebut pingat dalam 14 acara.

Jepun menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 124 orang atlet, iaitu yang paling besar dalam sejarah negaranya, untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Kanada pula menghantar 215 orang atelt.

Itali sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 4 tahun kemudian, telah menghantar 118 orang atlet.

Atlet dari sesetengah negara dari kawasan tropika pun berusaha sedaya upaya melakukan persiapan demi temasya sukan di Beijing nanti. Misalnya, Arab Saudi yang buat kali pertama mendapat kelayakan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk, bakal menghantar dua orang atlet untuk acara perlumbaan ski gunung (alpine skiing).