China Seru Gencatan Senjata Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk

2022-01-26 14:32:41  CRI
Share with:

Pelbagai negara dan pihak terbabit yang sedang  berada dalam konflik diseru menaati perjanjian kedamaian sementara sempena  berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, sekaligus memanfaatkan  kesempatan temasya sukan untuk menangani perselisihan pendapat dan menggantikan  pertentangan dengan kerjasama.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam sesi perdebatan terbuka  yang bertemakan “perlindungan penduduk awam dalam peperangan bandar” anjuran  Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam.

Gencatan senjata dilihat sebagai langkah  pertama bagi sebarang pakej penyelesaian secara politik.  

Tambah beliau, pembasmian punca konflik adalah  petua bagi merealisasikan kedamaian berkekalan. China yang menyarankan Inisiatif  Pembangunan Global dan berinisiatif menubuhkan satu regu sahabat, berhasrat  memperhebat solidariti demi Agenda PBB pada 2030, dan mendorong usaha membasmi  punca konflik. Sementara itu, masyarakat antarabangsa diharap menghormati  kedaulatan setiap negara, mendengar pendapat dari negara terbabit dan  mempertimbangkan keadaan negaranya, di samping membantunya melindungi  keselamatan penduduk awam dan meningkatkan kemampuannya dalam menyediakan  perkhidmatan asas.