Surat Tahniah Xi kepada Forum Inovasi Media Sejagat
Forum Inovasi Media Sejagat edisi pertama telah dirasmikan oleh Kumpulan Media China (CMG) di Beijing hari ini, dan turut diserikan dengan surat tahniah dari Presiden Xi Jinping.
Xi menyatakan bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan segera membuka tirainya di Beijing. China sudah siap sedia untuk menghidangkan sebuah temasya sukan yang 'jimat, selamat dan cemerlang' kepada seluruh dunia. Diharapkan dalam forum yang bertemakan 'Nikmati Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berunsurkan sains dan teknologi', para peserta berpeluang melakukan perbincangan dan interaksi serta berkongsi maklumat, membantu menonjolkan keistimewaan sukan ais dan salji yang mempesona, serentak itu menyemarakkan semangat Olimpik dan bersama-sama mendorong perkembangan sukan musim sejuk yang berpandukan semangat Olimpik.